Penggulungan Syarikat

Apakah Maksud Penggulungan Syarikat?

Penggulungan syarikat (likuidasi) merupakan proses di mana aset syarikat dikumpulkan dan dihasilkan bagi menyelesaikan hutang dan tanggungan syarikat oleh penyelesai (liquidator).

Jika terdapat lebihan wang, (selepas membayar kepada pemiutang syarikat, kos dan perbelanjaan penggulungan) wang tersebut hendaklah diagihkan di antara penyumbang-penyumbang mengikut hak dan kepentingan masing-masing

A. Secara Terpaksa (Melalui Perintah Mahkamah)

  • Memperuntukan 12 keadaan bagaimana sesebuah syarikat boleh digulungkan melalui Perintah Mahkamahs. – 465 (1) (a) – (l) Akta Syarikat 2016.
  • Alasan penggulungan – kebanyakan petisyen penggulungan adalah disebabkan keadaan seperti berikut :
  1. syarikat tidak mampu membayar hutang “unable to pay its debts”. S 465(1)(e)
  2. Hutang melebihi RM50,000.00 ke atas dan gagal membayar dalam tempoh 21 hari dari Tarikh Notis Tuntutan diserahkan. S 466(1)(a)
  • Penyelesai Yang Dilantik ;
  1. Pegawai Penerima; atau
  2. Penyelesai Yang Diluluskan (PYD)

 

B. Secara Sukarela (Melalui Resolusi Mesyuarat/Perlembagaan tamat tempoh)

  • Melalui Resolusi Mesyuarat Ahli Pengarah/ Penyumbang s. 443

– Pengarah membuat Akuan Bertulis (s.443) bahawa syarikat mampu membayar hutang sepenuhnya dalam tempoh 12 bulan dari tarikh penggulungan

  • Melalui Resolusi Mesyuarat Pemiutang – s. 449

– Sekiranya tiada Akuan Bertulis dibuat oleh Pengarah.

  • Penyelesai Yang Dilantik ;

[Penyelesai Yang Diluluskan (PYD) ]

  • Syarikat itu sendiri (pengarah-pengarahnya)
  • Pemiutang
  • Penyumbang
  • Penyelesai
  • Pendaftar Syarikat
  • Bank Negara
  • Menteri Kewangan

1. Pegawai Penerima Sebagai Pelikuidasi Syarikat

Tafsiran “Penyelesai” s. 2 Akta Syarikat 2016 [Act 777]

“Penyelesai termasuk Pegawai Penerima apabila bertindak sebagai Penyelesai sesuatu perbadanan”

Pegawai Penerima” ertinya Ketua Pengarah Insolvensi, Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi, Pengarah Insolvensi, Timbalan Pengarah Insolvensi, Penolong Pengarah Kanan Insolvensi, Penolong Pengarah Insolvensi, Pegawai Insolvensi dan mana-mana pegawai lain yang dilantik di bawah Akta Kebankrapan 1967”

2. Pelikuidasi Yang Diluluskan

Tafsiran Pelikuidasi Yang Dilantiks. 433(3) Akta Syarikat 2016 [Act 777]

“Bagi maksud perenggan (1)(a), mana-mana orang yang merupakan anggota badan profesional diiktiraf boleh memohon kepada Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan untuk diluluskan sebagai seorang Penyelesai bagi maksud Akta ini.”

  • Menyiasat harta syarikat (s. 485)
  • Mengambil jagaan dan peletakan hak ke atas harta syarikat (s. 483)
  • Menghasilkan aset syarikat (s. 486)
  • Menentukan liabiliti / tuntutan menerusi Borang Bukti Hutang (s. 523)
  • Membayar hutang syarikat (s. 527)
  • Membubarkan syarikat (s. 490)
  • Menyiasat harta syarikat (s. 485)
  • Mengambil jagaan dan peletakan hak ke atas harta syarikat (s. 483)
  • Menghasilkan aset syarikat (s. 486)
  • Menentukan liabiliti / tuntutan menerusi Borang Bukti Hutang (s. 523)
  • Membayar hutang syarikat (s. 527)
  • Membubarkan syarikat (s. 490)
  • Perniagaan syarikat ditamatkan dan kuasa pengarah dan ahli yang mengurus hal ehwal syarikat digantikan oleh Penyelesai yang mengawal syarikat untuk tujuan penggulungan
  • Penyelesai menjalankan tugas mengawal dan mengambil alih aset syarikat bagi tujuan penghasilan, pembayaran hutang syarikat yang telah diperakuisah dan seterusnya pembubaran syarikat.
  • Tindakan atau prosiding Mahkamah terhadap syarikat tidak boleh diteruskan atau dimulakan melainkan dengan kebenaran Mahkamah.
  • Pindahmilik aset syarikat tidak sah melainkan Mahkamah memerintahkan sebaliknya.
  • Hadir dengan segera ke MdI untuk sesi Temu Kenal
  • Memfailkan Penyata Hal Ehwal (PHE) dalam tempoh 14 hari dari tarikh penggulungan
  • Bertanggungjawab memberi kerjasama kepada pelikuidasi untuk memberi maklumat berkenaan syarikat

Setelah Mahkamah mengeluarkan Perintah Penggulungan ke atas mana-mana syarikat, satu permohonan boleh dibuat oleh Penyelesai, Pemiutang atau Penyumbang (pemegang saham) syarikat tersebut ke Mahkamah untuk menggantung Perintah Penggulungan tersebut secara keseluruhan atau pada satu tempoh tertentu (penggantungan sementara) setelah mana-mana perkara berikut dibuktikan kepada Mahkamah ;

  • Kesemua hutang kepada pemiutang yang telah memfailkan Bukti Hutang telah diselesaikan melalui Pelikuidasi
  • Syarikat tidak sepatutnya digulungkan
  • Terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan oleh syarikat dalam tempoh penggantungan diberi – tertakluk kepada kelulusan Mahkamah (penggantungan sementara)