3. Apakah peruntukan undang-undang yang terlibat bagi pelepasan ini?

Proses pelepasan bankrap dilaksanakan di bawah peruntukan seksyen 33A Akta Insolvensi 1967 [Akta 360]. Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) mempunyai budi bicara untuk membuat pelepasan dengan mengeluarkan Sijil KPI kepada bankrap yang memenuhi syarat yang diperuntukkan.