PELEPASAN MELALUI SIJIL KETUA PENGARAH INSOLVENSI DI BAWAH SEKSYEN 33A AKTA INSOLVENSI 1967 [AKTA 360] BAGI KATEGORI BANKRAP DENGAN HUTANG BERSKALA KECIL

1. Bilakah tarikh kuatkuasa pelaksanaan pelepasan bankrap dengan hutang berskala kecil?

1. Bilakah tarikh kuatkuasa pelaksanaan pelepasan bankrap dengan hutang berskala kecil?

1hb Mac 2023.
2. Apakah kategori hutang berskala kecil?

2. Apakah kategori hutang berskala kecil?

Jumlah tuntutan hutang yang diperakukan dalam jumlah RM50,000 dan ke bawah.
3. Apakah peruntukan undang-undang yang terlibat bagi pelepasan ini?

3. Apakah peruntukan undang-undang yang terlibat bagi pelepasan ini?

Proses pelepasan bankrap dilaksanakan di bawah peruntukan seksyen 33A Akta Insolvensi 1967 [Akta 360]. Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) mempunyai budi bicara untuk membuat pelepasan dengan mengeluarkan Sijil KPI kepada bankrap yang memenuhi syarat...
4. Siapakah bankrap yang boleh dipertimbangkan untuk pelepasan di bawah inisiatif ini?

4. Siapakah bankrap yang boleh dipertimbangkan untuk pelepasan di bawah inisiatif ini?

KPI akan memberikan pertimbangan kepada kategori bankrap yang memenuhi syarat-syarat yang berikut: Pengisytiharan kebankrapan telah melepasi tempoh 5 tahun dari tarikh Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman / Perintah Kebankrapan; Jumlah...
5. Apakah perkara-perkara yang boleh menghalang bankrap untuk dilepaskan melalui Sijil KPI?

5. Apakah perkara-perkara yang boleh menghalang bankrap untuk dilepaskan melalui Sijil KPI?

Terdapat perintah Mahkamah atau prosiding Mahkamah yang sedang berjalan terhadap bankrap atau pentadbiran kebankrapan di bawah Akta 360; dan Tindakan atau prosiding penyiasatan di bawah Akta 360 sedang dijalankan ke atas bankrap.
6. Sekiranya bankrap sebelum ini tidak pernah hadir atau berhubung dengan Cawangan yang mentadbir kes kebankrapannya, adakah bankrap layak untuk memohon pelepasan?

6. Sekiranya bankrap sebelum ini tidak pernah hadir atau berhubung dengan Cawangan yang mentadbir kes kebankrapannya, adakah bankrap layak untuk memohon pelepasan?

Bankrap layak memohon. Namun bankrap hendaklah memberikan kerjasama dan maklumat yang sepenuhnya agar Pegawai Insolvensi boleh menjalankan pentadbiran kebankrapan dan memproses permohonan pelepasan bankrap.
7. Bagaimanakah bankrap boleh mendapatkan maklumat berkaitan jumlah hutang dan menyemak status kes kebankrapannya?

7. Bagaimanakah bankrap boleh mendapatkan maklumat berkaitan jumlah hutang dan menyemak status kes kebankrapannya?

Bankrap hendaklah hadir atau berhubung melalui surat atau emel ke cawangan yang mentadbir kes kebankrapannya.
8. Bagaimanakah bankrap boleh memohon pelepasan tersebut?

8. Bagaimanakah bankrap boleh memohon pelepasan tersebut?

Bankrap boleh hadir secara fizikal atau berhubung melalui surat, emel atau mengisi borang Permohonan Pelepasan Sijil Ketua Pengarah Insolvensi Di Bawah Seksyen 33A Akta Insolvensi 1967 [Akta 360] yang boleh didapati di laman sesawang...
9. Apakah prosedur yang terlibat setelah bankrap membuat permohonan pelepasan?

9. Apakah prosedur yang terlibat setelah bankrap membuat permohonan pelepasan?

Pegawai Insolvensi akan menyemak kedudukan kes dan memastikan dokumen dan perkara yang berkaitan dengan pentadbiran kebankrapan telah lengkap dan teratur; dan KPI akan mengeluarkan notis niat untuk pelepasan bankrap kepada pemiutang.
10. Adakah pihak pemiutang boleh membantah kepada pelepasan?

10. Adakah pihak pemiutang boleh membantah kepada pelepasan?

Pihak pemiutang boleh membantah niat KPI untuk melepaskan bankrap melalui Sijil KPI melainkan bankrap berada dalam empat (4) kategori bankrap yang dikecualikan; dan Pemiutang boleh membuat bantahan kepada KPI dalam tempoh 21 hari selepas serahan...
11. Apakah empat (4) kategori bankrap yang dikecualikan daripada bantahan bantahan pemiutang?

11. Apakah empat (4) kategori bankrap yang dikecualikan daripada bantahan bantahan pemiutang?

Empat (4) kategori bankrap yang boleh dilepaskan oleh KPI tanpa perlu melalui bantahan pihak pemiutang ialah: Bankrap adalah penjamin sosial; Bankrap didaftarkan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) di bawah Akta Kurang Upaya 2008; Bankrap yang telah...
12. Apakah yang akan berlaku jika terdapat bantahan yang dikemukakan oleh pihak pemiutang?

12. Apakah yang akan berlaku jika terdapat bantahan yang dikemukakan oleh pihak pemiutang?

i) KPI akan membuat keputusan atas bantahan yang dikemukakan oleh pemiutang dan memaklumkannya kepada pemiutang; ii) Sekiranya KPI menolak bantahan pemiutang, pemiutang hendaklah mengemukakan bantahan di Mahkamah dalam tempoh 21 hari selepas...
13. Apakah yang akan berlaku jika tiada bantahan yang dikemukakan oleh pihak pemiutang?

13. Apakah yang akan berlaku jika tiada bantahan yang dikemukakan oleh pihak pemiutang?

Bankrap dilepaskan daripada kebankrapan melalui Sijil KPI; Walaupun telah dilepaskan, bankrap masih perlu memberikan kerjasama kepada KPI sekiranya pentadbiran kebankrapan masih belum selesai (seksyen 35A Akta 360); dan Pelepasan tidak akan...
14. Alamat Emel Cawangan

14. Alamat Emel Cawangan

Unit Pelepasan Ibu Pejabat This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. document.getElementById('cloakd009d59d8a92325e1d7d16d8d890791c').innerHTML = ''; var prefix = 'ma' + 'il' + 'to'; var path = 'hr' + 'ef' + '='; var...