- Bankrap boleh hadir secara fizikal atau berhubung melalui surat, emel atau mengisi borang Permohonan Pelepasan Sijil Ketua Pengarah Insolvensi Di Bawah Seksyen 33A Akta Insolvensi 1967 [Akta 360] yang boleh didapati di laman sesawang https://www.mdi.gov.my dan diserahkan ke cawangan yang mentadbir kes kebankrapan;
- Pegawai Insolvensi akan menyemak permohonan bankrap, kedudukan dokumen pentadbiran dan maklumat yang berkaitan dengan pentadbiran kebankrapan; dan
- Bankrap hendaklah memberikan kerjasama dengan memberikan maklumat dan dokumen yang diperlukan oleh Pegawai Insolvensi.