8. Bagaimanakah bankrap boleh memohon pelepasan tersebut?

  1. Bankrap boleh hadir secara fizikal atau berhubung melalui surat, emel atau mengisi borang Permohonan Pelepasan Sijil Ketua Pengarah Insolvensi Di Bawah Seksyen 33A Akta Insolvensi 1967 [Akta 360] yang boleh didapati di laman sesawang https://www.mdi.gov.my dan diserahkan ke cawangan yang mentadbir kes kebankrapan;
  2. Pegawai Insolvensi akan menyemak permohonan bankrap, kedudukan dokumen pentadbiran dan maklumat yang berkaitan dengan pentadbiran kebankrapan; dan
  3. Bankrap hendaklah memberikan kerjasama dengan memberikan maklumat dan dokumen yang diperlukan oleh Pegawai Insolvensi.