Bahagian Pengurusan

FUNGSI

• Memastikan khidmat sokongan diberi secara efektif dan efisien dalam pengurusan pentadbiran, sumber manusia (perkhidmatan) dan pengurusan kewangan ke arah mencapai visi dan misi Jabatan Insolvensi Malaysia. Bahagian ini terdiri daripada tiga unit utama iaitu Unit Sumber Manusia, Unit Kewangan dan Unit Pentadbiran.
Unit Sumber Manusia
• Merancang pembangunan sumber manusia dari segi keperluan kepakaran, kuantiti dan kualiti berdasarkan Pelan Strategik Sumber Manusia (PSSM);
• Melaksanakan kajian dasar dan strategi baharu program pengurusan dan pembangunan sumber manusia;
• Merancang, membangun dan melaksanakan pembangunan kompetensi sumber manusia [Training Need Analysis (TNA)], Pelan Operasi Latihan (POL);
• Menguruskan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan;
• Menguruskan Meja Bantuan Sistem HRMIS; dan
• Bertanggungjawab terhadap pematuhan kualiti dan dasar inovasi di MdI.

Unit Kewangan

• Mengurus , menyedia dan memantau Belanjawan Mengurus Jabatan;
• Menguruskan laporan bulanan Perbelanjaan Mengurus Jabatan;

• Memproses tuntutan bayaran termasuk penyediaan baucar bayaran dalam tempoh yang ditetapkan; dan
• Mengurus hal ehwal berkaitan dengan penyediaan gaji bulanan pekerja tetap dan kontrak.

Unit Pentadbiran

• Memastikan pengurusan ruang pejabat dan peralatan pejabat dijalankan dengan teratur dan sempurna;
• Memastikan dan menyelaras keselamatan dokumen mengikut Akta Rahsia Rasmi, Arahan Keselamatan dan Akta Arkib Negara;
• Merancang dan melaksanakan semua hal-hal pentadbiran dalaman MdI;

• Memastikan setiap aset yang diterima menepati spesifikasi yang ditetapkan, kualiti dan kuantiti yang dipesan mengikut pesanan dan aset yang diterima dalam keadaan baik, sempurna dan selamat untuk digunakan; dan
• Memastikan setiap barang stor yang diterima menepati spesifikasi yang ditetapkan, kualiti dan kuantiti yang dipesan mengikut pesanan dan barang stor yang diterima dalam keadaan baik, sempurna dan selamat untuk digunakan.