Bahagian Teknologi Maklumat

FUNGSI

Bahagian Teknologi Maklumat bertanggungjawab dalam mengurus serta memantau aplikasi perkakasan dan perisian sistem, perkhidmatan teknikal dan juga rangkaian yang digunapakai di MdI dan cawangan-cawangan di seluruh Malaysia.

Bahagian ini terbahagi kepada tiga unit utama iaitu:

Unit Pemantauan Sistem

  • Membantu, mengemaskini dan memberi maklum balas dalam mengenalpasti kegagalan dan kelemahan sistem utama sedia ada di Mdi disamping usaha untuk membuat perancangan, menaik taraf dan membuat sistem pembaikan.
  • Menjalankan pemantauan rapi terhadap pelaksanaan Sistem Insolvensi Bersepadu (INSIST) di 21 cawangan di seluruh Malaysia dan membantu dalam menyelesaikan pengurusan data.
  • Menyediakan perundingan dan nasihat mengenai isu-isu ICT kepada pengurusan atasan MdI dan pihak-pihak lain yang berminat.
  • Memudahkan dan menyelaras implimentasi dan integrasi sistem aplikasi termasuk sistem carian dalam talian (sistem e-Insolvensi).
  • Menentukan keselamatan dan kesahihan maklumat sistem data terjamin dan memastikan semua aspek keselamatan diambil kira dari masa ke semasa.

Unit Penyelenggaraan Sistem

  • Menyokong sistem pentadbiran dan menguruskan pentadbiran pangkalan data.
  • Membuat kajian dan pelan pembangunan ICT serta menyediakan perkhidmatan sokongan technicial.
  • Meningkatkan tahap kesedaran dan kemahiran penggunaan ICT di kalangan kakitangan.
  • Bertindak sebagai pusat sokongan teknikal bagi kakitangan di MdI.
  • Membangun dan mengurus laman web rasmi MdI dan intranet.
  • Merekod semua butiran panggilan / pertanyaan dan nasihat atau bantuan yang diberikan untuk tujuan rujukan dan kegunaan statistik.

Unit Operasi Carian

  • Mengurus permohonan carian melalui borang permohonan (e-Insolvensi, Borang K & Borang L) yang diterima daripada pelanggan.
  • Cetak / menghasilkan Resit Asal Carian Rasmi Kebankrapan dan maklumat Carian Penggulungan dari pangkalan data.
  • Memberi bantuan dan perkhidmatan kepada orang awam dalam bidang kebankrapan serta carian pengulungan syarikat.
  • Mencipta, mengurus dan mengemaskini pangkalan data bagi memastikan integriti data dan capaian mudah pada maklumat kebankrapan dan penggulungan.