Peranan Kami

Fungsi Jabatan:

1
Mentadbir hal ehwal siberhutang dan sibankrap mengikut Akta Insolvensi 1967 [Akta 306] dan Kaedah-Kaedah Insolvensi 2017;
2
Melaksanakan fungsi sebagai Pelikuidasi Sementara atau Pelikuidasi yang dilantik bagi syarikat-syarikat yang digulungkan mengikut peruntukan Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan Kaedah-Kaedah Syarikat (Penggulungan) 1972;
3
Mentadbir hal ehwal pertubuhan yang dibatalkan mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984;
4
Mentadbir hal ehwal kesatuan sekerja mengikut Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Peraturan-Peraturan Kesatuan Sekerja 1959;
5
Menjalankan penyiasatan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan apa-apa kesalahan yang disyaki yang dilakukan oleh sibankrap atau pengarah syarikat di bawah Akta Insolvensi 1967, Akta Syarikat 2016, Akta Pertubuhan 1966, Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan di bawah mana-mana perundangan lain yang berkaitan dengan kebankrapan atau penggulungan syarikat;
6
Menjalankan pendakwaan semua jenis kes jenayah dan kuasi jenayah di bawah Akta Insolvensi 1967 dan Akta Syarikat 2016;
7
Menjadi sumber rujukan kepada Jabatan dan Kerajaan mengenai apa-apa masalah perundangan mengenai kebankrapan atau penggulungan syarikat yang timbul;
8
Mewakili Kerajaan, Jabatan, sibankrap dan syarikat yang digulungkan dalam semua perbicaraan sivil di mahkamah;
9
Menyediakan khidmat carian status kebankrapan individu dan status syarikat;
10
Menguruskan hal ehwal kewangan Jabatan dan perakaunan insolvensi serta menjalankan aktiviti penghasilan bagi pihak Kerajaan melalui sumber-sumber di bawah kawalan yang dibenarkan di bawah Akta Insolvensi 1967, Akta Syarikat 2016, Akta Acara Kewangan 1957 [Akta 61] atau Arahan Perbendaharaan; dan
11
Mengurus dan mengawalselia pentadbiran Ibu Pejabat dan semua pejabat cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia seluruh Malaysia.