Bahagian Mahkamah

FUNGSI

• Mewakili Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) (bagi kes kebankrapan)/Pegawai Penerima dan Pelikuidasi (bagi kes penggulungan syarikat)/Pegawai Penerima di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi;
• Mengendalikan kes melibatkan bankrap, syarikat yang digulung, kesatuan sekerja dan pertubuhan yang dibatalkan pendaftarannya di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi;

• Memberi perkhidmatan perundangan yang profesional demi melindungi kepentingan KPI/PP MdI selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan undang-undang; dan
• Memantau Unit Mahkamah di 21 Cawangan MdI yang mewakili KPI (bagi kes kebankrapan)/Pegawai Penerima dan Pelikuidasi (bagi kes penggulungan syarikat)/KPI (bagi kes pertubuhan dan kesatuan sekerja yang dibatalkan pendaftarannya) di Mahkamah Tinggi.

Unit-unit di Bahagian Mahkamah:

Unit Rayuan

• Mengendalikan rayuan dan permohonan sivil bagi mewakili KPI (bagi kes kebankrapan)/Pegawai Penerima dan Pelikuidasi (bagi kes penggulungan syarikat)/Pegawai Penerima di Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan; dan

• Memantau statistik kes Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan.

Fungsi Tambahan:

• Memantau statistik kes Mahkamah Tinggi di Unit Mahkamah di 21 Cawangan MdI berkaitan dengan tindakan undang-undang di Mahkamah bagi pihak atau terhadap KPI/Pegawai Penerima dan Pelikuidasi/Pegawai Penerima dan bagi mewakili bankrap dan syarikat yang digulung, pertubuhan dan kesatuan sekerja yang dibatalkan pendaftarannya;
• Menganjurkan kursus melibatkan Bahagian/Unit Mahkamah bagi 21 Cawangan MdI; dan
• Menyediakan draf/mengeluarkan Arahan Jabatan, Garis Panduan/Buku Panduan melibatkan aspek undang-undang kebankrapan/penggulungan syarikat/kesatuan sekerja atau pertubuhan yang dibatalkan pendaftarannya yang berkait kes Mahkamah.

Unit Bicara

• Mengendalikan kes saman ke atas KPI/PP berkait bankrap/syarikat yang digulung/kesatuan sekerja/pertubuhan yang dibatalkan pendaftarannya di Mahkamah Tinggi;
• Memantau dan menyelia kes kebankrapan, penggulungan syarikat, kesatuan sekerja dan pertubuhan yang dibatalkan pendaftarannya yang dikendalikan oleh Unit Mahkamah di 21 Cawangan MdI di Mahkamah Tinggi;
• Memberikan nasihat dan pandangan undang-undang kepada Unit Mahkamah di 21 Cawangan MdI berkaitan dengan tindakan undang- undang di Mahkamah melibatkan kes kebankrapan, syarikat yang digulung, pertubuhan dan kesatuan sekerja;

• Memantau statistik Unit Mahkamah di 21 Cawangan MdI berkaitan dengan tindakan undang-undang di Mahkamah bagi pihak atau terhadap KPI/Pegawai Penerima dan Pelikuidasi/Pegawai Penerima dan bagi mewakili bankrap dan syarikat yang digulung, pertubuhan dan kesatuan sekerja yang dibatalkan pendaftarannya/komital; dan
• Memantau dan menyelia kes komital yang dikendalikan oleh Unit Mahkamah di 21 Cawangan MdI.

Fungsi Tambahan:

• Mengadakan Legal Circuit di Unit Mahkamah Cawangan MdI;
• Menganjurkan kursus melibatkan Bahagian/Unit Mahkamah bagi 21 Cawangan MdI; dan
• Menyediakan draf/mengeluarkan Arahan Jabatan, Garis Panduan/Buku Panduan melibatkan aspek undang-undang kebankrapan/penggulungan syarikat/kesatuan sekerja atau pertubuhan yang dibatalkan pendaftarannya yang berkait kes Mahkamah.