Penafian

"Walaupun segala penelitian telah diambil dalam penyediaan maklumat yang terkandung dalam laman web portal ini yang termasuk apa-apa statistik yang diberikan, tiada waranti, secara nyata atau tersirat diberikan oleh Ketua Pengarah Insolvensi ataupun Kerajaan Malaysia tentang kesempurnaan dan ketepatan maklumat yang diberi, dan Ketua Pengarah Insolvensi dan Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas apa-apa kesilapan atau ketinggalan yang mungkin berlaku. Ketua Pengarah Insolvensi atau Kerajaan Malaysia tidak sekali-kali boleh dipertanggungkan atau dipertanggungjawabkan bagi apa jua ganti rugi, termasuk tanpa batasan, ganti rugi khas, tidak langsung atau berbangkit yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan atau kebergantungan maklumat yang terkandung dalamnya, sama ada melalui tindakan dalam kontrak atau tort atau selainnya tidak kira bagaimana jua sekalipun. Kandungan maklumat yang diberikan hanya untuk tujuan informasi dan bukan untuk penggunaan komersial atau persendirian dan tidak boleh disalin atau disiarkan di mana-mana rangkaian komputer, media atau media sosial. Sebarang penyalinan semula kandungan dari laman web ini hendaklah terlebih dahulu dimaklumkan kepada pihak MdI.

Terjemahan untuk bahasa ketiga pada Laman Portal Rasmi Jabatan Insolvensi Malaysia adalah dibuat menggunakan proses berkomputer / sistem automatik daripada Google. Jabatan Insolvensi Malaysia, pegawai dan kakitangan kami, tidak akan mengesahkan kesahihan, kebolehpercayaan, atau ketepatan maklumat yang diterjemahkan oleh sistem ini dan seterusnya kami tidak akan bertanggungan atau bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang disebabkan oleh kepercayaan atau kebergantungan kepada sistem ini. Sila hubungi kami, jika anda ingin memberi aduan mengenai kesalahan atau ketidaktepatan terjemahan."