Perkhidmatan Atas Talian – myBayar

myBayar merupakan inisiatif Kerajaan di dalam mempelbagaikan saluran pembayaran secara online bagi kemudahan rakyat. Melalui myBayar pembayaran boleh dilakukan sama ada melalui perbankan internet, FPX atau kios dengan menggunakan kemudahan debit terus, kad kredit atau kad pra-bayar.

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah menambah baik perkhidmatan kepada individu yang bankrap. Bankrap tidak lagi perlu hadir ke pejabat Insolvensi untuk membuat Bayaran ansuran bulanan insolvensi. Perkhidmatan myBayar adalah cepat, mudah dan selamat. Bayaran ansuran insolvensi kini boleh dibuat secara atas talian melalui portal myBayar yang boleh dilayari melalui http://www.malaysia.gov.my/login_main?_58_redirect=%2Fmypage

Jika anda tidak dapat melihat paparan atau ingin memuat turun statistik ini, sila klik disini.
Dokumen ini hanya disediakan dalam Bahasa Melayu.

Loading...