Kebankrapan

1. Apa itu kebankrapan?

1. Apa itu kebankrapan?

Kebankrapan merujuk kepada satu proses di mana seorang penghutang diisytiharkan sebagai bankrap melalui perintah mahkamah atas petisyen pemiutang atau petisyen penghutang sendiri. Segala harta kepunyaan bankrap yang tidak bercagar adalah terletak...
2. Adakah terdapat amaun minimum yang terhutang oleh seseorang individu untuk menjadikannya bankrap?

2. Adakah terdapat amaun minimum yang terhutang oleh seseorang individu untuk menjadikannya bankrap?

Ya, pihak pemiutang boleh memfailkan tindakan kebankrapan sekiranya amaun keberhutangan berjumlah RM100,000.
3. Bagaimana saya boleh diisytiharkan bankrap?

3. Bagaimana saya boleh diisytiharkan bankrap?

Anda hanya boleh diisytiharkan bankrap melalui Perintah Mahkamah. Terdapat dua kaedah di mana perintah kebankrapan boleh diberikan iaitu sama ada melalui petisyen pemiutang atau anda sendiri secara sukarela mendapatkan perintah mahkamah untuk...
4. Adakah kebarangkalian seorang individu diisytiharkan bankrap tanpa pengetahuannya?

4. Adakah kebarangkalian seorang individu diisytiharkan bankrap tanpa pengetahuannya?

Mengikut peruntukan perundangan, semua dokumen undang-undang mestilah disampaikan secara kediri kepada penghutang. Untuk tujuan tersebut, pemiutang akan merujuk kepada alamat penghutang yang dimiliki dalam rekod mereka. Ini bergantung kepada...
5. Bagaimana saya boleh menyemak status kebankrapan?

5. Bagaimana saya boleh menyemak status kebankrapan?

Semakan boleh dibuat portal e-insolvensi di https://e-insolvensi.mdi.gov.my. Bayaran carian berjumlah RM10.00 akan dikenakan bagi setiap carian.
6. Bolehkah seorang individu mengisytiharkan dirinya sendiri sebagai bankrap sekiranya tidak mampu menjelaskan hutang?

6. Bolehkah seorang individu mengisytiharkan dirinya sendiri sebagai bankrap sekiranya tidak mampu menjelaskan hutang?

Seorang individu boleh membuat permohonan ke mahkamah untuk mengisytiharkan dirinya bankrap seperti diperuntukkan di bawah seksyen 7 Akta Insolvensi 1967 dan kaedah 102(1) Kaedah-Kaedah Insolvensi 2017. Individu tersebut perlu memfailkan petisyen...
7. Bolehkah MdI membankrapkan individu?

7. Bolehkah MdI membankrapkan individu?

MdI tidak membankrapkan individu. Seperti yang dinyatakan di atas, seseorang individu diisytiharkan bankrap oleh perintah mahkamah sama ada melalui permohonan daripada pemiutang atau permohonan daripada individu itu sendiri. Setelah perintah...
8. Apa yang perlu saya lakukan setelah diisytiharkan bankrap?

8. Apa yang perlu saya lakukan setelah diisytiharkan bankrap?

Setelah anda dperintahkan bankrap, anda hendaklah hadir ke cawangan MdI yang mentadbir kes kebankrapan anda dengan kadar segera. Cawangan yang mentadbir kes kebankrapan merupakan cawangan di negeri yang mana perintah kebankrapan dikenakan kepada...
9. Apakah tanggungjawab seorang bankrap?

9. Apakah tanggungjawab seorang bankrap?

Setelah mendapat perintah kebankrapan dan sepanjang tempoh kebankrapan, seorang bankrap hendaklah memberi kerjasama penuh dengan KPI dalam pentadbiran kebankrapannya. Bankrap perlu menyediakan maklumat mengenai aset, liabiliti, transaksi atau...
10. Apakah kelayakan yang hilang bagi seorang bankrap?

10. Apakah kelayakan yang hilang bagi seorang bankrap?

Setelah diberikan Perintah Kebankrapan, bankrap hilang kelayakan daripada:(a) memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen/Ahli Dewan Undangan Negeri;(b) memegang jawatan sebagai penjawat awam (tertakluk kepada keputusan Lembaga Tatatertib Jabatan);(c)...
11. Bolehkah seorang bankrap memohon kepada KPI untuk mengurangkan jumlah hutang?

11. Bolehkah seorang bankrap memohon kepada KPI untuk mengurangkan jumlah hutang?

KPI bertanggungjawab mentadbir perihal bankrap dan menguruskan estet kebankrapan. KPI tidak mempunyai kuasa untuk mengurangkan jumlah hutang yang difailkan oleh pemiutang. Sekiranya bankrap berniat untuk mendapatkan pengurangan jumlah hutang bagi...
12. Bolehkah seorang bankrap membuat bayaran terus kepada pemiutang untuk melangsaikan hutangnya?

12. Bolehkah seorang bankrap membuat bayaran terus kepada pemiutang untuk melangsaikan hutangnya?

Bankrap tidak dibenarkan membuat pembayaran terus kepada pemiutang. Semua bayaran hendaklah dibuat kepada KPI. Pembayaran tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun estet bankrap dan akan diagihkan kepada pemiutang yang telah memfailkan Bukti Hutang...
13. Bolehkah seorang bankrap membuka akaun simpanan atau meneruskan penggunaan akaun sedia ada?

13. Bolehkah seorang bankrap membuka akaun simpanan atau meneruskan penggunaan akaun sedia ada?

Setelah diisytiharkan bankrap, akaun sedia ada akan ditutup dan segala transaksi akan disekat. Walau bagaimanapun bankrap boleh membuka akaun yang baru atau mengaktifkan akaun sedia ada bagi tujuan seperti kemasukan wang gaji atau syarat-syarat...
14. Bolehkah bankrap memindahkan hartanya?

14. Bolehkah bankrap memindahkan hartanya?

Seorang bankrap tidak dibenarkan untuk memindah milik hartanya kepada pihak ketiga selepas Perintah Kebankrapan dibuat terhadapnya. Setelah diisytiharkan bankrap, segala harta dan aset secara automatik terletak hak kepada KPI.
15. Sama ada bankrap dibenarkan untuk menguruskan hartanya sendiri?

15. Sama ada bankrap dibenarkan untuk menguruskan hartanya sendiri?

Bankrap tidak dibenarkan untuk menguruskan hartanya sendiri sepertimana peruntukan seksyen 8(1)(b) Akta Insolvensi 1967 kerana segala aset dan harta bankrap yang tidak bercagar adalah terletak hak kepada KPI. Oleh yang demikian, segala transaksi atau...
16. Memandangkan saya sudah diisytiharkan bankrap, apa yang akan berlaku terhadap harta saya?

16. Memandangkan saya sudah diisytiharkan bankrap, apa yang akan berlaku terhadap harta saya?

Semua harta hendaklah terletak hak kepada KPI kecuali yang disenaraikan di bawah seksyen 48(1)(a) Akta Kebankrapan 1967. Ini termasuk alat perdagangan dan pakaian keperluan isteri dan anak-anak untuk nilai yang tidak melebihi RM5,000.00. Semua...
17. Adakah pemiutang saya mempunyai hak untuk menyita aset saya setelah saya diisytiharkan bankrap?

17. Adakah pemiutang saya mempunyai hak untuk menyita aset saya setelah saya diisytiharkan bankrap?

Pemiutang tidak bercagar tidak boleh mengambil tindakan selanjutnya terhadap seorang bankrap untuk mendapatkan hutang yang ditanggung sebelum diisytiharkan sebagai bankrap. Pemiutang tidak bercagar tiada kuasa untuk menguruskan harta  bankrap dan...
18. Bolehkah seorang bankrap membuat pinjaman peribadi/bank?

18. Bolehkah seorang bankrap membuat pinjaman peribadi/bank?

Seorang bankrap hanya boleh membuat pinjaman dengan amaun tidak melebihi RM1,000.00. Sekiranya bankrap berniat untuk membuat pinjaman melebihi RM1,000.00, beliau hendaklah memaklumkan kepada pihak yang memberikan pinjaman tersebut status...
19. Apakah risiko-risiko yang diambil oleh institusi-institusi kewangan jika mereka memutuskan untuk memberikan pinjaman kepada seseorang yang telah bankrap?

19. Apakah risiko-risiko yang diambil oleh institusi-institusi kewangan jika mereka memutuskan untuk memberikan pinjaman kepada seseorang yang telah bankrap?

Jika pemberi pinjaman mengetahui status kebankrapan peminjam dan memutuskan untuk meluluskan pinjaman tetap, risiko adalah ke atas pemberi pinjaman. Pemberi pinjaman perlu menanggung semua risiko sekiranya peminjam iaitu bankrap gagal untuk...
20. Bolehkah bankrap keluar negara?

20. Bolehkah bankrap keluar negara?

Seorang bankrap sama sekali tidak dibenarkan meninggalkan negara kecuali beliau mendapat kebenaran bertulis daripada KPI ataupun mahkamah yang membenarkannya. Permohonan berserta dokumen sokongan hendaklah dihantar ke cawangan yang mentadbir kes...
21. Bolehkah ibubapa saya yang bankrap melawat saya di negara lain?

21. Bolehkah ibubapa saya yang bankrap melawat saya di negara lain?

Perjalanan keluar negara hanya dibolehkan dengan kebenaran KPI yang diamanahkan melalui budi bicara undang-undang. Tujuan utama ialah untuk memastikan bankrap memberikan keutamaan untuk menjelaskan hutangnya. Oleh yang demikian, lawatan sosial...
22. Bagaimana kebankrapan saya memberikan kesan kepada pekerjaan sekarang atau masa depan?

22. Bagaimana kebankrapan saya memberikan kesan kepada pekerjaan sekarang atau masa depan?

Kebankrapan tidak menghalang anda daripada bekerja. Sekiranya anda diisytiharkan bankrap, ia tidak akan menafikan hak untuk meneruskan pekerjaan sekarang ataupun mendapat pekerjaan baru. Namun, seseorang bankrap perlu menyemak sama ada terdapat...
23. Memandangkan saya memerlukan kebenaran KPI untuk meneruskan pekerjaan sekarang atau mendapatkan pekerjaan yang baru, apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan kebenaran tersebut?

23. Memandangkan saya memerlukan kebenaran KPI untuk meneruskan pekerjaan sekarang atau mendapatkan pekerjaan yang baru, apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan kebenaran tersebut?

Anda hendaklah membuat permohonan bertulis kepada KPI melalui cawangan MdI yang mentadbir kes kebankrapan anda. Sila ambil perhatian bahawa anda hendaklah menyertakan sekali dokumen-dokumen yang berkaitan dengan permohonan seperti pengesahan...
24. Bolehkah saya mengekalkan jawatan sebagai pengarah syarikat jika saya diisytiharkan bankrap?

24. Bolehkah saya mengekalkan jawatan sebagai pengarah syarikat jika saya diisytiharkan bankrap?

Seorang bankrap yang belum dilepaskan hilang kelayakan untuk menjalankan tugas sebagai pengarah syarikat. Sekiranya bankrap ingin mengekalkan jawatan tersebut, permohonan hendaklah dibuat kepada KPI atau mahkamah. Perlu juga diingatkan bahawa tanpa...
25. Apakah kesan ke atas seorang bankrap yang mempunyai pekerjaan dalam profesion tertentu?

25. Apakah kesan ke atas seorang bankrap yang mempunyai pekerjaan dalam profesion tertentu?

Bankrap tidak dibenarkan melibatkan diri dalam sebarang perdagangan atau profesion tertentu di mana mungkin terdapat sekatan tertentu yang akan dikenakan oleh persatuan profesional atau pihak berkuasa pelesenan, seperti peguam, akauntan,...
26. Apakah prosedur pindah fail?

26. Apakah prosedur pindah fail?

Permohonan perlu dikemukakan secara bertulis ke cawangan MdI yang mentadbir kes kebankrapan berserta dengan dokumen sokongan yang membuktikan bankrap menetap di kawasan yang dipohon. Sebaik sahaja permohonan pemindahan fail diterima, pegawai kes...
27. Apakah perbezaan antara pembatalan Perintah Kebankrapan dan pelepasan Perintah Kebankrapan?

27. Apakah perbezaan antara pembatalan Perintah Kebankrapan dan pelepasan Perintah Kebankrapan?

Pembatalan merujuk kepada penamatan Perintah Kebankrapan yang telah dibuat terhadap seorang bankrap, seolah-olah beliau tidak pernah dibankrapkan. Sebaliknya, Pelepasan Perintah Kebankrapan melepaskan anda dari kesemua hutang-hutang yang boleh...
28. Adakah terdapat pelepasan secara automatik untuk bankrap?

28. Adakah terdapat pelepasan secara automatik untuk bankrap?

Pelepasan automatik hanya tertakluk kepada kelayakan yang telah ditetapkan oleh peruntukkan Akta seperti berikut; (a) Notis Kebankrapan (BN) dikeluarkan pada atau selepas 6 Oktober 2017. (b) telah memfailkan Pernyataan Hal Ehwal (PHE) di bawah...
29. Bagaimana seorang bankrap boleh dilepaskan daripada kebankrapannya?

29. Bagaimana seorang bankrap boleh dilepaskan daripada kebankrapannya?

Terdapat 4 kaedah untuk seseorang bankrap dilepaskan daripada kebankrapannya iaitu: (a) Perintah Pembatalan di bawah seksyen 105 Akta Insolvensi 1967; Permohonan ini difailkan oleh bankrap ke Mahkamah apabila keseluruhan tuntutan hutang dibayar...