6. Bolehkah seorang individu mengisytiharkan dirinya sendiri sebagai bankrap sekiranya tidak mampu menjelaskan hutang?

Seorang individu boleh membuat permohonan ke mahkamah untuk mengisytiharkan dirinya bankrap seperti diperuntukkan di bawah seksyen 7 Akta Insolvensi 1967 dan kaedah 102(1) Kaedah-Kaedah Insolvensi 2017. Individu tersebut perlu memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi dengan mengisytiharkan ketidakmampuan menjelaskan hutang kepada pemiutang. Penghutang perlu mendepositkan dengan KPI sejumlah RM1,500.00 apabila mengemukakan petisyen tersebut. Segala prosedur hendaklah dipatuhi sepertimana yang dinyatakan dalam Akta Insolvensi 1967 dan Kaedah-Kaedah Insolvensi 2017. Untuk maklumat lanjut sila hubungi cawangan MdI yang terdekat untuk khidmat nasihat atau berhubung terus kepada Unit Aduan di MdI.