Likuidasi

1. Apa itu penggulungan syarikat atau likuidasi?

1. Apa itu penggulungan syarikat atau likuidasi?

Ia merupakan suatu proses di mana aset syarikat akan dikumpulkan dan dihasilkan oleh penyelesai bagi tujuan pembayaran hutang syarikat kepada pemiutang. Terdapat dua jenis penggulungan syarikat iaitu secara terpaksa dan secara sukarela.
2. Siapa yang boleh dilantik sebagai penyelesai?

2. Siapa yang boleh dilantik sebagai penyelesai?

a) Pegawai Penerima (Ketua Pengarah Insolvensi (‘KPI’) atas kapasitinya sebagai Pegawai Penerima); ataub) Penyelesai swasta (individu yang dilesenkan sebagai penyelesai).
3. Apakah tugas penyelesai?

3. Apakah tugas penyelesai?

a) Menyiasat hal ehwal dan aset syarikat yang digulungkan;b) Menyiasat tingkah laku pengarah syarikat dan orang lain yang berkaitan;c) Menyiasat tuntutan yang dibuat oleh pemiutang dan pihak ketiga; dand) Mengumpulkan dan menghasilkan aset syarikat bagi...
4. Apakah kesan penggulungan ke atas syarikat?

4. Apakah kesan penggulungan ke atas syarikat?

a) Syarikat hendaklah menghentikan perniagaannya.b) Kontrak pekerjaan hendaklah ditamatkan.c) Pelupusan aset syarikat dan pindah milik saham syarikat dilarang.d) Tiada tindakan atau prosiding boleh dijalankan atau dimulakan ke atas syarikat yang...
5. Apakah kesan penggulungan syarikat terhadap pengarah syarikat?

5. Apakah kesan penggulungan syarikat terhadap pengarah syarikat?

Segala kuasa pengarah akan terhenti dan hal ehwal syarikat akan ditadbir oleh penyelesai.
6. Apakah tugas pengarah syarikat apabila syarikat digulungkan?

6. Apakah tugas pengarah syarikat apabila syarikat digulungkan?

Pengarah syarikat hendaklah memberi kerjasama kepada penyelesai dan mengemukakan segala dokumen dan maklumat tentang ehwal syarikat seperti aset dan liabilitinya. Pengarah juga dikehendaki untuk melengkapkan dan mengemukakan Penyata Hal Ehwal...
7. Apakah kesan penggulungan syarikat ke atas penyumbang syarikat?

7. Apakah kesan penggulungan syarikat ke atas penyumbang syarikat?

Penyumbang tidak akan menanggung hutang syarikat secara peribadi. Walau bagaimanapun, penyelesai mempunyai kuasa untuk mengarahkan penyumbang untuk membayar apa-apa syer yang belum dibayar.
8. Apa itu bukti hutang?

8. Apa itu bukti hutang?

Ia merupakan suatu dokumen yang menyatakan amaun hutang yang ditanggung oleh syarikat kepada pemiutang. Penyataan itu hendaklah disokong dengan dokumen yang berkaitan seperti perjanjian, perintah mahkamah dsb.
9. Siapakah pemiutang tidak bercagar?

9. Siapakah pemiutang tidak bercagar?

Pemiutang tidak bercagar ialah pemiutang yang tidak memegang sebarang sekuriti (cagaran) ke atas hutang syarikat.
10. Bagaimanakah tuntutan pemiutang tidak bercagar dibayar?

10. Bagaimanakah tuntutan pemiutang tidak bercagar dibayar?

Pemiutang tidak bercagar keutamaan seperti pekerja syarikat dan tuntutan keutamaan lain akan dibayar secara keutamaan mengikut undang-undang. Apa-apa baki daripada aset syarikat kemudiannya akan diagihkan secara sama rata kepada pemiutang tidak...
11. Apakah kesan penggulungan ke atas pemiutang bercagar sesuatu syarikat?

11. Apakah kesan penggulungan ke atas pemiutang bercagar sesuatu syarikat?

a) Jika berlaku kemungkiran, pemiutang bercagar boleh menjalankan kuasanya untuk menjual aset syarikat yang telah dicagarkan kepadanya sebagai cagaran untuk melangsaikan hutang mengikut undang-undang. b) Sekiranya terdapat defisit, pemiutang...
12. Bolehkah syarikat yang digulungkan kembali menjalankan perniagaan?

12. Bolehkah syarikat yang digulungkan kembali menjalankan perniagaan?

Perintah penggulungan hendaklah diketepikan, ditamatkan atau digantung sebelum syarikat boleh kembali menjalankan perniagaan.
13. Apakah perintah pelepasan dan pembubaran?

13. Apakah perintah pelepasan dan pembubaran?

Ia merupakan perintah daripada mahkamah bagi melepaskan penyelesai dan supaya syarikat dibubarkan setelah penyelesai menghasilkan kesemua harta syarikat, mengagihkan dividen terakhir dan membuat bayaran akhir kepada penyumbang (jika ada).
14. Sekiranya pendaftaran pertubuhan dibatalkan oleh Menteri atau Pendaftar Pertubuhan, apakah kesan ke atas harta milik pertubuhan?

14. Sekiranya pendaftaran pertubuhan dibatalkan oleh Menteri atau Pendaftar Pertubuhan, apakah kesan ke atas harta milik pertubuhan?

Aset pertubuhan itu akan diletakhakkan kepada KPI dan seterusnya akan dihasilkan bagi tujuan melangsaikan hutang pertubuhan itu.
15. Bolehkah harta suatu pertubuhan yang dibatalkan diletakhakkan kepada pertubuhan baharu yang berdaftar?

15. Bolehkah harta suatu pertubuhan yang dibatalkan diletakhakkan kepada pertubuhan baharu yang berdaftar?

KPI boleh memohon kepada mahkamah untuk meletakhakkan semua aset dan liabiliti pertubuhan itu kepada pertubuhan yang baharu atas permintaan pertubuhan yang baharu yang mempunyai perlembagaan yang serupa dengan pertubuhan yang lama.
16. Apakah yang akan terjadi kepada harta kesatuan sekerja yang telah dibatalkan oleh Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja?

16. Apakah yang akan terjadi kepada harta kesatuan sekerja yang telah dibatalkan oleh Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja?

Harta kesatuan sekerja itu akan diletakhakkan kepada KPI dan seterusnya akan dihasilkan bagi tujuan melangsaikan hutang kesatuan sekerja itu.
17. Apakah yang akan terjadi kepada lebihan harta kesatuan sekerja?

17. Apakah yang akan terjadi kepada lebihan harta kesatuan sekerja?

Lebihan aset kesatuan sekerja akan diagihkan: a) mengikut kaedah-kaedah kesatuan sekerja (jika ada);b) secara sama rata antara ahli-ahlinya; atauc) mengikut perintah mahkamah berdasarkan skim yang dikemukakan oleh KPI jika orang yang layak untuk...