8. Apa yang perlu saya lakukan setelah diisytiharkan bankrap?

Setelah anda dperintahkan bankrap, anda hendaklah hadir ke cawangan MdI yang mentadbir kes kebankrapan anda dengan kadar segera. Cawangan yang mentadbir kes kebankrapan merupakan cawangan di negeri yang mana perintah kebankrapan dikenakan kepada anda. Anda diminta untuk memberikan kerjasama sepenuhnya dan mendedahkan segala maklumat berkaitan pendapatan kepada Pegawai Insolvensi. Pegawai kami akan membantu anda dalam pengisian borang-borang yang berkaitan.