13. Bolehkah seorang bankrap membuka akaun simpanan atau meneruskan penggunaan akaun sedia ada?

Setelah diisytiharkan bankrap, akaun sedia ada akan ditutup dan segala transaksi akan disekat. Walau bagaimanapun bankrap boleh membuka akaun yang baru atau mengaktifkan akaun sedia ada bagi tujuan seperti kemasukan wang gaji atau syarat-syarat munasabah lain dengan syarat mendapat kebenaran daripada KPI. Permohonan tersebut hendaklah dibuat di cawangan cawangan MdI yang mentadbir kes kebankrapannya.