27. Apakah perbezaan antara pembatalan Perintah Kebankrapan dan pelepasan Perintah Kebankrapan?

Pembatalan merujuk kepada penamatan Perintah Kebankrapan yang telah dibuat terhadap seorang bankrap, seolah-olah beliau tidak pernah dibankrapkan. Sebaliknya, Pelepasan Perintah Kebankrapan melepaskan anda dari kesemua hutang-hutang yang boleh dibuktikan dalam kebankrapan kecuali hutang kepada Kerajaan, Negeri, dan Peguam Negara yang berkaitan dengan bon-bon wang jaminan dan mana-mana hutang boleh dibuktikan yang mana disebabkan oleh penipuan atau pecah amanah.