12. Bolehkah seorang bankrap membuat bayaran terus kepada pemiutang untuk melangsaikan hutangnya?

Bankrap tidak dibenarkan membuat pembayaran terus kepada pemiutang. Semua bayaran hendaklah dibuat kepada KPI. Pembayaran tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun estet bankrap dan akan diagihkan kepada pemiutang yang telah memfailkan Bukti Hutang serta Bukti Hutang tersebut telah diperakui oleh KPI.