16. Memandangkan saya sudah diisytiharkan bankrap, apa yang akan berlaku terhadap harta saya?

Semua harta hendaklah terletak hak kepada KPI kecuali yang disenaraikan di bawah seksyen 48(1)(a) Akta Kebankrapan 1967. Ini termasuk alat perdagangan dan pakaian keperluan isteri dan anak-anak untuk nilai yang tidak melebihi RM5,000.00. Semua harta yang terletak hak kepada KPI akan dihasilkan dan hasil akan diagihkan kepada pemiutang yang hutangnya telah diperakui oleh KPI.