18. Bolehkah seorang bankrap membuat pinjaman peribadi/bank?

Seorang bankrap hanya boleh membuat pinjaman dengan amaun tidak melebihi RM1,000.00. Sekiranya bankrap berniat untuk membuat pinjaman melebihi RM1,000.00, beliau hendaklah memaklumkan kepada pihak yang memberikan pinjaman tersebut status kebankrapannya bagi membolehkan pihak yang berkenaan membuat keputusan sama ada mahu meneruskan pemberian pinjaman tersebut. Sekiranya gagal, bankrap dianggap melakukan kesalahan di bawah Akta Insolvensi 1967.