Perjalanan keluar negara hanya dibolehkan dengan kebenaran KPI yang diamanahkan melalui budi bicara undang-undang. Tujuan utama ialah untuk memastikan bankrap memberikan keutamaan untuk menjelaskan hutangnya. Oleh yang demikian, lawatan sosial adalah dilarang kerana dianggap wang tersebut seharusnya digunakan untuk membayar hutang. Faktor seperti kelakuan yang baik, kepatuhan kepada peraturan dan kewajipan, inisiatif menyelesaikan hutang adalah paling utama dalam menentukan sama ada bankrap dibenarkan keluar negara atau sebaliknya. Borang permohonan dan dokumen yang berkaitan boleh didapati di dalam portal MdI di bawah pautan 'Muat Turun Borang'.