24. Bolehkah saya mengekalkan jawatan sebagai pengarah syarikat jika saya diisytiharkan bankrap?

Seorang bankrap yang belum dilepaskan hilang kelayakan untuk menjalankan tugas sebagai pengarah syarikat. Sekiranya bankrap ingin mengekalkan jawatan tersebut, permohonan hendaklah dibuat kepada KPI atau mahkamah. Perlu juga diingatkan bahawa tanpa kebenaran KPI dan mahkamah, bankrap turut dilarang daripada perkara berikut:
(a) Bekerja di syarikat milik pasangan, anak atau saudara-mara;
(b) Menjalankan perniagaan pemilikan tunggal.