Perutusan Ketua Pengarah Insolvensi

 Assalamualaikum w.b.t, and Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat melayari Portal Rasmi Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI). Portal rasmi MdI telah dibangunkan untuk berkongsi maklumat yang boleh dimanfaatkan oleh semua pemegang taruh MdI. Capaian-capaian mesra pelanggan turut disediakan supaya portal rasmi MdI dapat digunakan dengan mudah dan MdI juga sentiasa berusaha untuk memperkukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan seiring dengan cabaran baharu dan ekspektasi yang semakin meningkat daripada pelanggan dan pihak berkepentingan.

Sejajar dengan kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang semakin meluas, MdI telah mengambil langkah berterusan untuk memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan dalam talian dan transaksi tanpa tunai bagi memudahkan pelanggan dan pihak berkepentingan untuk berurusan dengan MdI. MdI sedar bahawa pelanggan amat dahagakan perkhidmatan yang pantas setelah berdepan dengan penyebaran wabak demi memastikan rantaian COVID-19 segera terhapus dan berubah ke fasa endamik. Selaras dengan itu juga, MdI telah membangunkan Pelan Strategik 2021 – 2025 yang turut menyediakan pelan pengurusan dan perancangan projek ICT yang efektif serta efisien ke arah mengoptimumkan penggunaan digital untuk memacu usaha ke arah memperkasakan perkhidmatan digital di MdI.

Akhir sekali, saya berharap agar maklumat yang disediakan di laman web yang bersifat interaktif ini dapat memberi manfaat kepada para pengunjung yang melayari laman web ini. Bagi meningkatkan perkhidmatan yang diberikan, kami mengalu-alukan pendapat dan pandangan serta maklum balas untuk penambahbaikan mutu perkhidmatan bagi kepentingan masyarakat dan negara.

Sekian, terima kasih.

Dato' Anita Harun
Ketua Pengarah Insolvensi
Jabatan Insolvensi Malaysia