AMBIL perhatian bahawa Pegawai Penerima adalah pelikuidasi sementara atau pelikuidasi syarikat yang disenaraikan dalam Jadual A, dan bahawasanya kamu dikehendaki, dalam masa tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penyiaran Notis ini, membayar atau menyerahkan kepada Pegawai Penerima sebagai pelikuidasi sementara atau pelikuidasi syarikat, apa-apa jumlah atau baki akaun yang didaftarkan atas nama syarikat itu, atau apa-apa maklumat yang kini berada dalam jagaan kamu atau yang dalam rekod kamu yang berkaitan dengan semua akaun di atas nama syarikat itu dan yang syarikat itu adalah berhak.
Apa-apa jumlah atau baki akaun yang didaftarkan atas nama syarikat itu hendaklah diserahkan kepada Pegawai Penerima sebagai pelikuidasi sementara atau pelikuidasi syarikat melalui bank draf atas nama "Pegawai Penerima" kepada cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) masing-masing dan hendaklah menyatakan nama dan nombor pendaftaran syarikat itu.
Pegawai Penerima dan pelikuidasi
Jabatan Insolvensi Malaysia
Dokumen ini dijana oleh komputer. Tiada tandatangan diperlukan.
Walaupun segala usaha telah dilakukan untuk memastikan semua maklumat adalah tepat dan terkini, Ketua Pengarah Insolvensi tidak bertanggungan atas apa-apa kerugian yang timbul akibat ketidaktepatan atau ketinggalan maklumat.
NOTA: Jadual A Bankrap akan dikekalkan dalam Portal Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) selama 14 hari dari tarikh penyiaran Jadual tersebut.