Deposit berkenaan akan dikreditkan ke dalam Akaun Wang Tidak Dituntut (WTD). Walau bagaimanapun, deposit masih boleh dituntut dengan mengemukakan dokumen berikut sebagai dokumen sokongan:
i. Surat permohonan;
ii. Salinan kad pengenalan;
iii. Nombor akaun bank pemohon yang aktif dan disahkan;
iv. Maklumat nombor telefon bimbit dan alamat e-mel; dan
v. Salinan sijil mati/surat mentadbir harta pusaka (jika menuntut bagi pihak si mati).