Semua dividen yang tidak dituntut selepas tempoh enam bulan serta selepas dividen akhir diisytiharkan akan kekal di dalam Akaun Estet Kebankrapan dalam bagi 7 tahun. Setelah itu, sekiranya dividen masih tidak dituntut dalam tempoh tersebut, ia akan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.
Manakala, bagi kes penggulungan syarikat, apa-apa dividen yang masih tidak dituntut melebihi enam bulan dari tarikh kena bayar, dividen berkenaan akan kekal di dalam Akaun Estet Penggulungan Syarikat selama 6 tahun. Sekiranya ia masih tidak dituntut dalam tempoh tersebut, dividen tersebut akan dimasukkan ke Kumpulan Wang Diisatukan.
Bayaran semula masih boleh dilaksanakan sekiranya terdapat tuntutan selepas dari tempoh berkenaan.