KPI akan memberikan pertimbangan kepada kategori bankrap yang memenuhi syarat-syarat yang berikut:
- Pengisytiharan kebankrapan telah melepasi tempoh 5 tahun dari tarikh Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman / Perintah Kebankrapan;
- Jumlah hutang yang diperakukan atau jumlah baki hutang yang terlibat tidak melebihi RM50,000.00; dan
- Bankrap memberikan kerjasama kepada MdI bagi pentadbiran kebankrapan dan urusan yang berkaitan dengannya.
- Bankrap hendaklah memberikan kerjasama dengan memberikan maklumat dan dokumen yang diperlukan oleh Pegawai Insolvensi.