12. Apakah yang akan berlaku jika terdapat bantahan yang dikemukakan oleh pihak pemiutang?

i) KPI akan membuat keputusan atas bantahan yang dikemukakan oleh pemiutang dan memaklumkannya kepada pemiutang;
ii) Sekiranya KPI menolak bantahan pemiutang, pemiutang hendaklah mengemukakan bantahan di Mahkamah dalam tempoh 21 hari selepas pemakluman tersebut;
iii) Mahkamah akan membuat keputusan selepas mendengar pihak-pihak yang terlibat:
    a) Menolak bantahan pemiutang dan bankrap dilepaskan daripada kebankrapan; atau
    b) Membuat perintah bahawa sijil pelepasan tidak boleh dikeluarkan sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 tahun.