JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MdI) KENYATAAN MEDIA PERJANJIAN JUAL BELI BAGI PEMBELIAN ASET INDIVIDU BANKRAP YANG DITADBIR OLEH KETUA PENGARAH INSOLVENSI/ PEGAWAI PENERIMA DAN PENYELESAI Selaras dengan tempoh lanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April 2020 yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) memaklumkan mana-mana pihak yang terkesan dengan Perintah tersebut dan telah menandatangani Perjanjian Jual Beli dengan Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) / Pegawai Penerima dan penyelesai (PPp) bagi pembelian mana-mana aset individu bankrap yang ditadbir oleh KPI / PPp bagi pembelian aset syarikat yang digulungkan, bolehlah memohon untuk penangguhan sehingga enam (6) bulan untuk dipertimbangkan oleh KPI / PPp. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini boleh disalurkan melalui talian hotline 03 - 8885 1065, 03 - 8885 1928 dan 03 - 8885 1313
Laman web :
www.mdi.gov.my
E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Facebook :
www.facebook.com/insolvensi
Sekian, terima kasih. Disediakan oleh: BAHAGIAN DASAR, PERUNDANGAN DAN KOMUNIKASI STRATEGIK JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MdI) PUTRAJAYA 31 Mac 2020