AMBIL perhatian bahawa penama yang disenaraikan dalam Jadual A telah dijatuhkan bankrap. Menurut Seksyen 24(4) Akta 360, semua harta milikan bankrap hendaklah terletak hak kepada Ketua Pengarah Insolvensi untuk dibahagikan kepada pemiutang. Kamu dikehendaki, dalam masa tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penyiaran Notis ini, membayar atau menyerahkan kepada Ketua Pengarah Insolvensi, apa-apa jumlah atau baki akaun yang didaftarkan atas nama bankrap, atau apa-apa maklumat yang kini berada dalam jagaan kamu atau yang dalam rekod kamu yang berkaitan dengan semua akaun di atas nama bankrap dan yang bankrap itu berhak.
Apa-apa jumlah atau baki akaun yang didaftarkan atas nama bankrap hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengarah Insolvensi melalui draf bank atas nama "Ketua Pengarah Insolvensi" kepada cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) masing-masing dan hendaklah menyatakan nama bankrap, nombor kad pengenalan dan nombor estet kebankrapan bankrap semasa penyerahan dilakukan.
Ketua Pengarah Insolvensi
Malaysia
Dokumen ini dijana oleh komputer. Tiada tandatangan diperlukan.
Walaupun segala usaha telah dilakukan untuk memastikan semua maklumat adalah tepat dan terkini, Ketua Pengarah Insolvensi tidak bertanggungan atas apa-apa kerugian yang timbul akibat ketidaktepatan atau ketinggalan maklumat.
NOTA: Senarai Bankrap akan dikekalkan dalam Portal Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) selama 14 hari dari tarikh penyiaran Jadual tersebut.